Tuesday

Mood & Warna

1) BIRU
Menandakan rasa damai, tenang, stabil, penuh harmoni, perpaduan, kepercayaan, kebenaran, keyakinan, sifat konservatif, keselamatan, kebersihan, keadaan teratur, kesetiaan, langit, air, kesejukan, teknologi dan rasa murung. Biru dianggap warna untuk bisnes kerana ia mencerminkan sifat boleh dipercayai.

2) HITAM

Mewakili kuasa, seksualiti, keanggunan, sifat rasmi, kecanggihan, kekayaan, misteri, rasa takut, kesedihan, fikiran yang dalam, gaya, kejahatan, penyesalan, kemarahan, kematian dan keadaan berkabung. Ia juga warna teknikal yang baik.


3) HIJAU
Merupakan salah satu warna yang paling digemari. Ia mewakili alam semulajadi, persekitaran, kesihatan, tuah, masa muda, pembaharuan, semangat, musim bunga, kemurahan hati, kesuburan, rasa cemburu, kurang pengalaman, rasa dengki dan nasib kurang baik.


4) JINGGA
Adalah campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian, contohnya di papan tanda keselamatan.


5) UNGU
Menandakan warna diraja, kerohanian, martabat yang tinggi, misteri, pertukaran, kearifan, kesedaran, kekejaman, keangkuhan, dan keadaan berkabung. Ungu dianggap warna luar biasa.


6) MERAH
Merupakan warna paling hangat dan bertenaga di dalam spektrum. Kita mengaitkan merah dengan cinta, Hari Kekasih, bahaya, sifat berahi, kelajuan, kekuatan, keganasan, kemarahan, tanda-tanda kecemasan dan darah.


7) PUTIH
Mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.


8) KUNING
Mewakili kegembiraan, kebahagiaan, sifat optimis dan idealis, imaginasi, harapan, cahaya matahari, musim panas, emas, falsafah, sifat tidak jujur dan pengecut, rasa cemburu, keinginan, penipuan, penyakit, bahaya, semangat dan ilham.

No comments: