Friday

Bentuk Kaunseling

1. Kaunseling Individu

Satu perhubungan bersemuka di antara seorang kaunselor yang berkemahiran dan berkemampuan dengan seorang klien yang mempunyai keperluan/kepentingan tertentu. Di akhir perhubungan ini, klien mempu untukl membuat keputusan dalam mencapai keperluan/ kepentingan tersebut.

Keperluan/Kepentingan
- mengenali diri
- Melakukan perubahan diri (sikap/tingkahlaku)
- Membuat keputusan dan pemilihan dalam hidup
- Memperkembangkan bakat/potensi/keistimewaan

Ciri-ciri Penting
- klien datang secra sukarela dan kaunselor perlu menghormati kejujuran klien.
- Klien perlu menerima syarat-syarat dalam kaunseling, kaunselor berperanan untuk klien         membuat perubahan diri ke arah yang diperlukan
- Kaunselor perlu merujuk klien kepada kaunselor lain jika tidak mampu 
- Mengalakkan klien untuk meluahkan segala masalahnya.
- Melaporkan jika mendapati bahawa klien cuba mengancam diri sendiri atau orang lain. 

2. Kaunseling Kelompok

Satu proses hubungan yang dinamis antara seorang dengan beberapa orang yang lain. Fokusnya kepada tingkahlaku dan pemikiran yang sengaja dan melibatkan fungsi-fungsi terapi (berbentuk pemulihan atau pertumbuhan diri). 

Menurut Myrick (2001) kaunseling kelompok kecil adalah pengalaman pembelajaran yang unik bagi pelajar bekerjasama menjelajah idea, sikap, perasaan dan tingkahlaku, terutama yang berkaitan dengan perkembangan peribadi dan kemajuan di sekolah. Kaunselor memudahcarakan interaksi antara pelajar dalam pengalama pembelajaran yang istimewa kerana perhubungan memberi pertolongan terbentuk. Ahli kelompok membuat pendedahan kendiri, mendengar dengan teliti, dan memberi maklumbalas antara satu sama lain.

Fungsi 
- Mendapat perakuan dan pengesahan dari orang lain.
- Mewujudkan asas saling percaya mempercayai satu sama lain.
- Meningkatkan sikap bertanggungjawab dan mengambil berat di antara individu.
- Meningkatkan persefahaman dan menerima pendapat orang lain.

Ciri-ciri Penting kaunseling kelompok
- Penyertaan adalah sukarela.
- Disebabkan perjalanan kaunseling kelompok agak berbeza, penerangan yang jelas perlu diberi kepada ahli. Penjelasan ini haruslah melibatkan perkara seperti objektif kelompok, etika dalam kelompok, persamaan umum ahli kelompok dan sebagainya.
- Setiap ahli adalah bertanggungjawab di atas tingkahlaku mereka dalam kelompok dan bersedia untuk menerima maklumbalas daripada ahli-ahli (seperti memberi sokongan,teguran dan pengukuhan)
- Etika kerahsiaan, masa sesi, jumlah pertemuan, jumlah ahli/keahlian dan sebagainya.


Thursday

Pengenalan Kaunseling


Definisi kaunseling

Shertzer &Stone (1968) ~ Proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga ia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.

Proses apabila seseorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang ciri atau situasinya serta pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap dapat menolong klien mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih berkesan ~ (Corey 1977).

Kaunseling sebagai suatu proses yang berhubung rapat dalam membantu manusia normal mencapai matlamat atau fungsi mereka dengan berkesan. ~ Ivey &Downing (1987)
   
Kaunseling sebagai suatu proses menolong manusia belajar mengenali diri, persekitaran dan cara-cara mengendalikan tugas dan perhubungan dengan orang lain. ~ Hansen, Ressberg &Cramer (1994)

Sapora & Wan Anor (2002) ~ mendefinisikan kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah peribadi seseorang yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan sehingggalah seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik.

Kaunselor
Individu yang mempunyai kepakaran dan terlatih dalam bidang kaunseling, serta bertanggungjawab membantu individu yang bermasalah dengan mematuhi etika kaunselor yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor. ~ ( Akta Kaunselor 580)

Klien
Individu yang mempunyai masalah. 
Individu dalam keadaaan keliru untuk membuat keputusan. 
Individu yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, Kaunseling bertujuan menolong seseorang klien:-
1. Memahami diri dan situasi
2. Mengenalpasti keperluan, minat, sikap, matlamat
3. Membina realiti kehidupan
4. Membuat rancangan yang realistik untuk mengendali kehidupan
5. Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
6. Menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Wednesday

Selamat Datang

Selamat datang kepada mahasiswa/i yang baru mendaftar pada 23 Mei yang lalu. Setelah mengikuti 'Minggu Mesra Siswa (MMS)' di Kampus Jengka, kini mahasiswa/i UiTM Pahang Kampus Kuantan telah kembali ke Kampus Kuantan 1 & 2. Harapan kami barisan staf Kampus Kuantan agar mahasiswa/i dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini. Sesungguhnya dalam menuntut ilmu, banyak pengorbanan yang perlu dilalui & ditempuhi. Insyallah...