Thursday

Petanda Ikhlas dalam bekerja

1. Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah swt.

Bekerja dengan tidak kerana mengimpikan kemahsyuran sehingga melanggar disiplin Amal Jamaei atau membina imej diri sehingga merempuh sistem syura dalam Amal Islami.

“Sesungguhnya amalan berasaskan niat dan sesungguuhnya bagi setiap individu terpulang kepada apa yang ia niatkan , maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya kembali kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ( tujuan keduniaan ) yang ingin diperolehinya atau kerana perempuan yang ingn dikahwininya maka hijrahnya kembali kepada tujuan asal hijrah yang ia lakukan.” 


Nawaitu yang ikhlas sangat diperlukan oleh seorang pekerja kerana ia kelak akan berfungsi sebagai senjata dan penangkis agar ia tidak gugur dari medan ini sekalipun diuji dan digoncang perasaannya .

Hasil nawaitu yang ikhlas ini mercerna 5 sifat positif bagi seorang pekerja.

السكينة النفسية – Jiwa yang tenang
القوة الروحية – Rohani yang kuat
الإستمرار في العمل – Istiqamah terhadap tugas
تحويل العاديات إلى العبادات – Semua tugas menjadi ibadat 
احراز ثواب العمل – Beroleh ganjaran dalam tugas

2. Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan .

Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas bukan platform amal . Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negatif yang menzahirkan ketidakikhlasan dalam bekerja.

Contohilah Khalid Ibnul Walid yang menerima surat perletakan jawata n di tengah medan perang dari Amiril Mukminin Saiyidina Omar Al Khattab rha. , tetapi Khalid Al Walid meneruskan perjuangan sehingga perang selesai , barulah surat itu diwartakan kepada umum .Lantas sahabat mempersoalkan kenapa Khalid Al Walid terus berperang walhal ia tidak lagi menjadi ketua turus tentera waktu itu. Khalid Al Walid rha. mengemukakan jawapan yang cukup jelas mempamerkan keikhlasan seorang pejuang bahawa ia berjuang dan berperang bukan kerana Omar tetapi kerana tuhan Omar.

3· Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran

Sikap ini bukan sahaja menyuburkan budaya nasihat menasihati dikalangan kita malah menyemarakkan semangat keikhlasan bekerja. Justeru mereka yang bekerja untuk kepentingan peribadi dan merasakan hanya dirinya yang betul , pasti tidak akan memiliki sikap tersebut .

“Ugama ialah nasihat , lantas kami bertanya : Bagi siapa ? Rasulullah saw. menjawab : bagi Allah swt., kitabNya , rasulNya , pemimpin muslimin dan orang-orang awam mereka”

Riwayat Muslimin

4· Tidak bermain alasan untuk mengelak diri dari aktiviti persatuan.

Sebaliknya gigih berikhtiar untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam apa jua keadaan sekalipun .

” Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya “

At-Taubah ayat 44-45

5. Bersedia menerima arahan

Ini termasuk dalam apa jua keadaan sungguhpun arahan itu tidak bersesuaian dengan keinginan diri . Sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi bukti sebuah keikhlasan dalam berkhidmat untuk masyarakat dan persatuan .

6. Prihatin terhadap keperluan persatuan

Memberi penumpuan penuh dan serius terhadap jadual aktiviti dan keperluan semasa dengan rasa tanggungjawab, tidak hanya menanti surat jemputan atau arahan . Rasa terpanggil untuk menunaikan keperluan persatuan adalah sikap yang mempamerkan keikhlasan seorang pekerja.

7. Tolak ansur dalam mengendali gerakkerja.

Ini menjadi cermin diri ke arah melahirkan jiwa yang ikhlas. Tabiat mementingkan diri sendiri dan sukar mengalah adalah jelas bertentangan dengan prinsip keikhlasan , malah gerak kerja sering tergendala dan masalah kian kusut dengan wujudnya individu seperti ini .

8· Menghormati generasi terdahulu

Sekalipun mereka serba kekurangan, kerana mereka sekurang – kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan suci ini . Memburuk – burukkan mereka terdahulu dengan pelbagai anggapan melulu tidaklah mendatangkan apa – apa manafaat buat persatuan kita.

Bukankah Allah telah mengajar kita dengan satu disiplin yang sangat mulia iaitu mendoakan mereka dan memohon agar tidak tumbuh sifat hasad dan dengki dalam diri kita terhadap mereka yang terlebih dahulu membuka langkah dalam hal ini ?

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun dan Maha Penyayang”.

Al-Hasyr ayat 10

9· Post mortem atau muhasabah aktiviti.


Pekerja yang ikhlas tidak sambil lewa dan bersahaja dalam aktiviti / program yang dianjur semata – mata untuk memenuhi jadual dan tidak juga mempunyai sikap lepas tangan sejurus selesai program dilaksanakan . Sebaliknya ia mengadakan post mortem yang berdedikasi untuk menilai dan menggarap masa depan yang baik dan berkesan .


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan ( muhasabah ) apa yang ia telah berlalu (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”


Al-Hasyr ayat 18

10· Mengakui dan menginsafi kesilapan yang telah dilakukan.

Pekerja yang ikhlas tidak akan teragak – agak atau malu untuk mengakui kesilapan yang dilakukan malah segera insaf dan bertaubat . Mengakui dan menginsafi kesilapan bukan suatu yang menjatuhkan maruah diri malah ia membuktikan keluhuran budi dan keikhlasan hati .

11· Menjaga rahsia persatuan.

Justeru ia suatu amanah yang mesti dipelihara oleh setiap anggota dan pemimpin . Perbuatan membocorkan rahsia persatuan seperti mendedahkan minit mesyuarat kepada mereka yang bukan ahli mesyuarat atau mempersoalkan keputusan mesyuarat di khalayak ramai ( seperti di dalam Yahoo Group ) adalah merupakan satu pengkhianatan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh anggota atau pemimpin , yang mana mereka adalah pemegang amanah persatuan .

12· Menepati keputusan dan ketetapan persatuan.

Tindakan yang bercanggah dengan keputusan atau ketetapan persatuan merupakan satu kesalahan akhlak dalam Amal jamaei . Selama mana keputusan dan ketetapan itu tidak bercanggah dengan syariat Ilahi , maka ia menjadi satu kewajipan bagi setiap ahli di pelbagai peringkat untuk mematuhinya.

Lain persetujuan dalam mesyuarat , lain pula tindakan diluar mesyuarat hanya menzahirkan sikap tidak ikhlas terhadap tanggungjawab yang didokongnya.

13· Tidak mengklasifikasikan ketaatan pada pimpinan.

Jawatan apa sekalipun pimpinan itu mengeluarkan arahan , tanggungjawab ahli persatuan ialah memberi kepatuhan dan ketaatan. ( selama mana ia tidak bercanggah dengan syariat .) Tidak ada beza pada suara arahan yang datang dari Presiden atau Ketua Lajnah. ( Yang mana semua arahan mesti ditaati jika itu adalah tanggungjawab kita )

14· Aktif tidak bermusim.

Jangan hanya aktif di musim – musim tertentu mengikut mood peribadi. Menampilkan diri di majlis-majlis berprofil tinggi atau program-program besar hanya menonjolkan sikap mementingkan diri sendiri.

Akhir kata,

Demikianlah antara petanda ikhlas yang mesti dimiliki oleh setiap ahli dan pemimpin persatuan. Keikhlasan di dalam pekerjaan adalah kunci kecemerlangan sesebuah persatuan. Justeru itu, penglibatan dengan persatuan perlulah berasaskan semangat untuk menegakkan keadilan dan menjaga kebajikan rakan seperjuangan serta mendaulatkan agama Allah di muka bumi.
“Hadis Abi Asy-a’ri Rha. bahawa seorang lelaki A’rabi mendatangi nabi saw. lantas bertanya : Wahai Rasulullah , seseorang berperang ( berjuang ) supaya memperolehi harta ghanimah, ada yang berperang ( berjuang ) supaya namanya disebut – sebut , ada yang berperang ( berjuang ) supaya dilihat kedudukannya , maka siapakah yang benar – benar berjuang di jalan Allah ( fi Sabilillah ) Maka Nabi saw. menjawab: Barangsiapa yang berperang ( berjuang ) untuk meninggikan kalimah Allah swt. maka dia lah pejuang di jalan Allah swt.”

Wednesday

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya / aerobik / gym . :?


Tuesday

MESYUARAT AGONG KELAB PEERS

Satu mesyuarat agong akan diadakan seperti maklumat berikut :-

Tarikh     :   17 Julai 2009 (Jumaat)
Masa       :    03.15 petang
Tempat  :    Bilik Kuliah, Kampus Kuantan 2

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan kenyataan.

Wednesday

Peringkat saringan Kedua

Satu perjumpaan akan diadakan bagi siswa/i yang telah terpilih ke peringkat saringan kedua pemilihan Ahli Kelab Peers. Maklumat seperti berikut :-

Tarikh     : 10 Julai 2009
Masa       : 03.30 Petang
Tempat   : Dewan Kuliah, UiTM Kampus Kuantan 2

Senarai kumpulan yang berjaya ke peringkat seterusnya adalah Kumpulan 2, 3, 4, 6, 7, 8, 9, 11, 12, 13, 20, 21, 23, 24, 26, & 27.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan kenyataan.